Free shipping for orders over RM100.00
Kelumumur

Kepala seringkali berasa gatal, kulit kepala terkupas dan berasa tidak selesa. Ini adalah masalah kebanyakan orang. Keyakinan akan mula hilang apabila masalah ini semakin teruk. Apakah puncanya? Cuba anda perhatikan sekeliling apabila anda menggaru kepala, serpihan putih seperti serbuk putih gugur dari rambut. Ya, itu adalah kelumumur.

 

Kelumumur bukanlah sesuatu yang serius, ia adalah masalah normal. Kelumumur adalah sejenis penyakit kulit. Ia disebabkan oleh kulit kepala yang terlalu kering atau berminyak dan menyebabkan penghasilan kulit mati yang terlalu banyak. Kulit akan melalui proses dimana sel-sel kulit tumbuh dan tanggal begitu juga dengan kulit kepala. Apabila proses ini berlaku dengan kadar yang sangat cepat, akan terjadinya kelumumur. Minyak yang terhasil oleh kulit akan menyebabkan sel-sel kulit mati melekat bersama dan membentuk kepingan putih.

 

Oleh yang demikian, pasti ada punca yang menyebabkan terjadinya kelemumur. Antara puncanya adalah:

  1. Dermatitis Seborea

Ia adalah keadaan kulit dimana akan menyebabkan tompokan bersisik, kulit merah dan terdapat kelemumur degil.

  1. Malassezia

Sejenis kulat seperti fungus di kulit kepala. Ia boleh bertindak dan merengsakan kulit kepala.

  1. Kurang kebersihan rambut

Jika anda tidak mencuci rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit mati yang terhasil akan menyebabkan kelumumur.

  1. Penggunaan produk yang salah

Amat penting untuk anda tahu bahan-bahan di dalam produk rambut anda. Penggunaan produk yang salah akan menyebabkan kulit kepala menjadi lebih teruk.

 

Selain daripada menggunakan produk rambut untuk mengatasi masalah kelumumur, anda juga boleh menggunakan bahan semulajadi:

  1. Minyak kelapa

Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri anti-kulat, ia memberi kelembapan kepada kulit kepala. Sapu 3-5 sudu minyak kelapa dan syampu seperti biasa.

  1. Cuka epal

Cuka epal bersifat asid yang mampu untuk mencegah pertumbuhan yis di kulit kepala. Campurkan ¼ cuka dan ¼ air biasa dan spray di kulit kepala. Balut rambut anda menggunakan tuala dalam 15 minit kemudian bilas dengan air biasa. Anda boleh lakukan 2 kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

  1. Lidah buaya

Umum mengetahui bahawa lidah buaya sangat bermanfaat untuk kulit. Ia boleh dijadikan sebagai ubat untuk mengurangkan kegatalan di kulit kepala.

  1. Bawang putih

Bawang putih bersifat pemusnah bakteria. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral yang turut membantu dalam melebat dan melindungi kulit kepala.

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan K yang mampu melembapkan kulit kepala, melebatkan dan turut merawat kelumumur.

 

Pemilihan syampu dan produk rambut lain perlulah dilihat dari segi bahan yang terkandung didalamnya. Elakkan memilih produk rambut yang mengandungi bahan terlarang dan bahan kimia yang memudaratkan kulit kepala. Dapatkan nasihat pakar jika masalah kelumumur anda semakin teruk.