Free shipping for orders over RM100.00
Keguguran Rambut (Alopecia)

Sesiapapun boleh mengalami keguguran rambut, tetapi adalah lebih biasa dilihat pada golongan lelaki. Kebiasaanya rambut akan gugur lebih kurang 50 - 100 helai dalam sehari. Jika keguguran rambut yang melampau anda perlu mengenalpasti faktor-faktornya.

Keguguran yang serius mungkin disebabkan faktor-faktor dibawah:

  1. Sejarah keluarga (keturunan) – ini adalah punca keguguran rambut yang paling biasa dilihat.
  2. Hamil – ibu yang sedang hamil atau selepas bersalin adalah normal untuk mengalami keguguran rambut kerana ia disebabkan oleh perubahan hormon. Keguguran rambut ini adalah sementara dan boleh pulih jika dirawat dengan vitamin yang diperlukan.
  3. Vitamin A – jika pengambilan suplimen dan ubat-ubatan yang mengandungi vitamin A yang berlebihan turut menyumbang kepada keguguran rambut.
  4. Tekanan atau stress – terbahagi kepada fizikal yang berpunca daripada kemalangan dan emosi iaitu bergantung kepada individu. Faktor ini juga menyumbang keguguran rambut.
  5. Kekurangan protein – kurangnya pengambilan protein turut menyumbang kepada pertumbuhan rambut yang lambat atau tidak tumbuh langsung.
  6. Penuaan – faktor utama yang tidak dapat dielakkan. Peningkatan usia seseorang akan menyebabkan keguguran rambut.
  7. Kesan sampingan ubat – seperti ubat merawat kanser (kemoterapi)
  8. Penggayaan rambut – secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan dan keguguran rambut contohnya mewarnakan rambut.
  9. Cara penjagaan rambut yang salah – dari segi kekerapan pencucian rambut, produk yang digunakan, cara menyikat dan lain-lain.

 

Faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian mengalami keguguran rambut adalah:

  1. Sejarah keluarga
  2. Umur
  3. Keturunan berat badan yang mendadak
  4. Sesetengah masalah kesihatan seperti kencing manis
  5. Stress
  6. Pengambilan nutrisi tidak lengkap sama ada disebabkan oleh kurang selera ataupun memilih makanan

 

Cara yang selamat untuk memiliki rambut yang sihat dengan mengamalkan bahan-bahan yang organik seperti:

  1. Aloe vera/lidah buaya 
    Umum mengetahui banyak kegunaan lidah buaya dalam merawat tubuh badan kita. Bukan sahaja merawat kesihatan dalaman, lidah buaya turut mampu merawat rambut rosak, gugur dan masalah yang berkaitan rambut. Lidah buaya mempunyai vitamin A, C, E, B12 serta asid folik bagi menggalakan pertumbuhan sel dan menguatkan akar umbi agar dapat mencegah daripada keguguran rambut. Selain menggunakan syampu yang mengandungi lidah buaya, anda juga boleh mengamalkan suplimen untuk kesihatan tubuh badan.
  2. Minyak Kelapa
    Kebaikan minyak kelapa untuk rambut ialah mampu mengawal protein supaya rambut kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari. Minyak kelapa turut mengandungi agen yang dapat menghalang penembusan cahaya UV terus ke rambut sebanyak 20%. Tambahan pula, ianya adalah sumber kelembapan dan dapat mengekalkan hidrasi pada rambut agar rambut kelihatan segar dan tidak kering.
  3. Minyak pati rosemary
    Masih muda tapi sudah mengalami keguguran rambut sampai menampakkan kulit kepala. Jangan mengambil langkah mudah dengan mengambil bahan kimia untuk rawatan. Anda boleh menggunakan bahan semula jadi seperti minyak pati rosemary. Pati rosemary mengandungi sifat antiseptik yang mampu merawat masalah kelumumur yang teruk. Bukan sahaja dapat merawat pola botak, namun turut mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut.
  4. Suplimen ginseng
    Masalah penipisan rambut turut disebabkan oleh kekerapan rambut terdedah kepada sinaran UV, pengambilan ubat-ubatan dengan kuantiti yang banyak, proses perubahan hormone, pencemaran radikal bebas dan keturunan. Ekstrak ginseng mampu membantu dalam pertumbuhan rambut yang sempurna. Ia turut menyerap masuk ke dalam folikel rambut agar dapat menguatkan lagi akar umbi. 
  5. Multivitamin
    Keguguran rambut boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin dan mineral seperti Zink, Biotin, Vitamin C, dan zat besi. Oleh itu digalakkan untuk mengambil multivitamin yang diformulasi khas untuk menguatkan rambut. Manakala untuk golongan wanita mengandung dan menyusu adalah penting untuk mengambil suplimen vitamin khas untuk kehamilan.

 

Selain anda mengamalkan bahan semula jadi, rutin penjagaan rambut perlu diambil kira. Antara yang boleh anda amalkan bagi mengurangkan keguguran rambut adalah:

  • Basuh dan sikat rambut dengan lembut dan rapi
  • Elakkan mengikat rambut dengan ketat
  • Hindari suplimen yang mampu menyebabkan rambut gugur
  • Jangan menarik dan memintal rambut dengan kuat
  • Lindungi rambut dari sinar UV
  • Berhenti merokok

 

Memastikan produk penjagaan rambut anda tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya adalah sangat penting. Tidak semua produk selamat untuk digunakan. Periksa bahan yang terkandung di dalamnya dan pastikan selamat digunakan untuk rambut anda.

Untuk mengetahui dengan terperinci tentang penjagaan rambut dan vitamin yang bersesuaian untuk diambil akibat menguatkan rambut, sila kunjungi cawangan terdekat untuk mendapat nasihat daripada ahli farmasi kami.