Free shipping for orders over RM100.00
In-Store Membership

A) Keahlian

  1. Permohonan adalah dibuka kepada semua penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Kad keahlian ini bukanlah kad kredit atau kad caj.
  3. Ahli mestilah menunjukkan kad keahlian mereka kepada juruwang sebelum setiap transaksi untuk memastikan supaya jumlah yang dibelanjakan adalah direkodkan dan dihitungkan. Kegagalan berbuat demikian bermakna jumlah yang telah dibelanjakan tidak akan diambil kira untuk rebat atau pengiraan mata ganjaran. 
  4. RM15 akan dikenakan untuk penggantian kad sekiranya ia telah hilang, dicuri atau rosak.
  5. Mercury berhak menggunakan maklumat data ahli untuk tujuan pemasaran sendiri, tetapi tidak akan menjual ataupun mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran ahli.
  6. Mercury berhak untuk membatalkan kad atau menarik balik kad Mercury atau meluputkan program keahlian atau menggantung program ini pada bila-bila masa, tanpa notis sekiranya perlu. Sehubungan itu, semua kutipan mata ganjaran dan potongan adalah dianggap sebagai batal dan tidak sah. 
  7. Mercury berhak menambah, mengurangkan atau meminda syarat Mercury tanpa apa-apa notis terdahulu. Apa-apa terma atau syarat-syarat baru atau terpinda akan berkuatkuasa segera menggantikan terma dan syarat kad Mercury yang lama. 
  8. Mercury tidak akan  bertanggungjawab untuk menggantikan mata ganjaran yang dikumpulkan atas apa jua sebab. Ahli-ahli kad adalah bertanggungjawab untuk memberitahu pihak pengurusan tentang kehilangan kad untuk mengelakkan daripada pemotongan mata ganjaran atau penebusan mata ganjaran tidak sah. 

B) Rebat dan Penebusan Mata Ganjaran

  1. 3 mata ganjaran akan diberikan untuk setiap RM1.00 yang dibelanjakan kecuali sebahagian barangan servis di mana 3 mata ganjaran diberi untuk setiap RM5.00 dibelanjakan dalam transaksi menggunakan kad Mercury. Mercury berhak menambah atau mengurangkan senarai barangan servis dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis terdahulu.
  2. Perkara-perkara yang tertera di  bawah adalah tidak termasuk dalam pengiraan rebat. 
  • Pembelian hadiah baucer Mercury
  • Caj-caj penghantaran
  1. Ahli dikehendaki menunjukkan kad Mercury bersama kad pengenalan/pasport untuk membuat penebusan mata ganjaran/baucer potongan (jika ada). Ahli boleh membuat penebusan mata ganjaran pada masa yang ditetapkan oleh pihak Mercury.
  2. Minimum mata ganjaran untuk rebat dan penebusan adalah 3,000 kecuali ada sebarang perubahan. Mata ganjaran akan dilupuskan sekiranya penebusan mata ganjaran tidak dibuat dalam masa 3 tahun.
  3. Mercury berhak menolak baucer-baucer untuk penebusan atas sebab-sebab yang sah atau sekiranya disyaki penipuan dalam pengumpulan mata ganjaran atau salah rekod.