Free shipping for orders over RM100.00
Happy Hypoxia

Tahukah anda, Happy Hypoxia @ silent hypoxemia adalah salah satu simptom Covid-19?

Hypoxia ialah keadaan dimana kadar oksigen dalam darah rendah (sPO2<95%) dan kemungkinan menyebabkan kegagalan organ penting serta diikuti oleh sesak nafas yang teruk yang akan membawa kepada kematian.

Namun begitu, Happy Hypoxia tidak menimbulkan simptom-simptom yang jelas/nyata. Akibatnya, pada peringkat awal penyakit, pesakit COVID-19 kelihatan sihat dan "gembira" dengan menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa menyedari mereka sudah dijangkiti.

 

Bagaimanakah ini berlaku?

Doktor membuat spekulasi bahawa, bagi sesetengah orang, perkembangan masalah paru-paru akibat Covid-19 tidak boleh dinyatakan dengan jelas. Ketika pesakit menumpukan perhatian pada gejala-gejala seperti demam dan cirit-birit, tubuh mula melawan kekurangan oksigen dengan mempercepat pernafasan untuk mengimbangi.

Pesakit tersebut mungkin tidak menyedari kadar pernafasan telah bertambah dengan cepat dan tidak mendapatkan pertolongan. Sementara itu, badan perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan tahap oksigen yang lebih rendah, seperti keadaan dimana ketika seseorang bergerak ke kawasan paras laut yg tinggi seperti gunung atau bukit melebihi 3000m. Jika tahap oksigen turun berterusan sehingga badan tidak mampu untuk menyesuaikan diri, terapi oksigen intensif dan kemasukan ICU diperlukan. 

Mengikut garis panduan Pengurusan Covid 19 Kementerian Kesihatan Malaysia, paras  oksigen yang optimum untuk seseorang individu adalah lebih 95% ( >95%)

 

Bagaimana mengenal pasti happy hypoxia pada pesakit yang mempunyai simptom ringan?

Selain mempunyai simptom covid-19, jika seseorang mengalami happy hypoxia, mereka mungkin mengalami 'perubahan warna bibir menjadi kebiruan, perubahan warna kulit menjadi warna merah atau ungu atau peluh berlebihan  walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat adalah gejala happy hypoxia ', kata laporan India Today.

Walaupun hanya menggambarkan gejala ringan COVID-19, seperti batuk, sakit tekak, demam, sakit kepala, tanpa merasai kesukaran bernafas, disarankan untuk terus mengukur kadar oksigen darah menggunakan oksimeter nadi.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/covid-19-how-do-we-explain-happy-hypoxemia#Informal-survey